Tuesday, August 10, 2010

Secebis Pengenalan


Konsep “PERPADUAN 1 MALAYSIA” telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najid Tun Abdul Razak pada 16/9/2008. Konsep 1 Malaysia ini adalah berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Tujuan utama konsep ini diperkenalkan adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat-rakyat yang pelbagai kaum supaya dapat menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang akan menggugat kesejahteraan rakyat Malaysia. YAB Dato’ Sri Mohd Najid Tun Abdul Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia seperti berikut:

“Kita Berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara betindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Lam Chen Han 127444

Sejarah Hitam 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah hari berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Semua ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

PUNCA-PUNCA TERCETUSNYA PERUSUHAN

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun pada zaman pendudukan Jepun telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

3. Pihak pembangkang mengeluarkan slogan-slogan sensitif semasa perarakan apabila mereka memperoleh pencapaian yang gemilang dalam pilihan raya pada 10 MEI 1969.

4. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

5. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

6. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.


Thilagah A/P Selvarajoo  206180

Pengajaran


1. Tragedi ini menyebabkan ramai nyawa yang tak berdosa terkorban dan harta benda juga turut musnah.
2. Menjadi titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.
3. Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu dan teguh seperti yang dapat kita saksikan di masa kini.



Thenmoliy A/P Sivamani  204922

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MISI 1 MALAYSIA

Institusi Pendidikan
1) Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui pendidikan Moral dan pendidikan Islam yang diajar di sekolah. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum di sekolah juga membolehkan pelajar bercampur gaul dan menceburkan diri dalam aktiviti. Seterusnya ia harus menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia. Di samping itu, sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan Bahasa pengantar yang sama harus dilaksanakan.

2) Pelaksanaan sekolah wawasan dengan dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain serta sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

3) Pelaksana sekolah satu aliran (aliran kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar saja di sekolah iaitu Bahasa Melayu di samping tidak menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.

4) Budaya membaca yang dapat melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

5) Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Lim Kiat Hong  126724

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MISI 1 MALAYSIA

Institusi Keluarga

1) Mengadakan “rumah terbuka” sempena sambutan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

2) Ibu bapa perlu mencerita kepada anak-anak tentang bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan melalui perpaduan semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, budaya dan sebagainya.

3) Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan dan menggalakkan anak-anak supaya tidak hanya bergaul dengan bangsa sendiri malah perlu bergaul dengan bangsa-bangsa yang berlainan supaya perpaduan negara kita dapat dikukuhkan.

4) Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai pelbagai kaum sejak kecil lagi supaya anak-anak dapat bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan bangsa.

5) Ibu bapa serta orang-orang tua di rumah perlu selalu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak seperti selalu mengunjungi dan melawati jiran-jiran yang berdekatan. 


Tan Wei Loon  126530

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MISI 1 MALAYSIA


Peranan Pelajar

Sebagai pelajar kita perlulah menerima agama, budaya, dan adat resam yang diamalkan oleh kaum lain. Dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif bukannya negatif. Semua ini sangat penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan.
Selain itu, pelajar juga haruslah memupuk prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun Negara Malaysia. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Akhir sekali, pelajar perlulah mempunyai semangat prinsip keadilan sosial. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


Cheah Woo Yang  127045

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MISI 1 MALAYSIA


Sosial

Peranan guru dapat mengeratkan motivasi dalam 1 Malaysia iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya motivasi melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan terhadap semangat perpaduan antara kaum Malaysia.

Kerajaan pula, aktiviti –aktiviti seperti mewujudkan pelaburan kerajaan bagi semua kaum di Malaysia untuk melabur, mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua kaum, dan menubuhkan pertubuhan atau program yang dapat membantu semua kaum dalam semua urusan dan pengajaran tanpa mengira bangsa atau agama.

Ibu Bapa atau Institusi Kekeluargaan memainkan peranan yang penting melalui didikan asas tentang perpaduan dan tunjuk ajar yang baik serta dapat memotivasikan anak–anaknya supaya menjadi insan yang mulia dan bersemangat kekauman apabila dewasa kelak.


Soo Hoo Weng Foo  126986

Sunday, August 8, 2010

Faedah Perpaduan Satu Malaysia

1. Aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia.

2. Perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia.

3. Perpaduan kaum dapat menjamin kedamaian, keselesaan, keharmonian dan keselamatan kepada rakyat Negara Malaysia.

4. Perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.

5. Tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama.


Mohd Fauzi bin Mohamad Suhaimi  197324

Cabaran Perpaduan 1 Malaysia


1. Ada jurang besar yang memisahkan komuniti serta budaya Sabah dan Sarawak dan penduduk dari Semenanjung. 

2. Wujud jurang perbezaan etnik membabitkan segmen penting di antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu di mana kita dapat melihat, menjelaskan sendiri identiti bangsa serta hak sesuatu kaum.

3. Wujudnya peningkatan jurang sosial antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim terutama di Semenanjung.

4. Satu jurang memuncak dalam masyarakat kita membabitkan pendapatan dan kekayaan di antara mereka yang 'mempunyai banyak' dan mereka yang 'mempunyai sedikit.

5. Satu jurang generasi yang muncul bagi membezakan mereka berumur di antara lingkungan 50-an daripada mereka dalam usia 20-an atau 30-an apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan pelbagai komuniti dan kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia.


Noor Zarrul bin Abdul Rahim  128373

Monday, June 7, 2010

Perpaduan 1 Malaysia.mp4







Video ini bernama “ perpaduan 1 Malaysia”. Tujuan video ini dihasilkan adalah untuk memotivasikan rakyat Malaysia ke arah kemajuan dan perpaduan. Video ini telah menunjukkan cara-cara kita dapat mencapai ke arah konsep perpaduan 1 Malaysia sama ada dari aspek sukan, politik, ekonomi dan sebagainya.


Selain itu, video ini juga mengandungi aktiviti-aktiviti yang bertajukan “1 Malaysia” yang dianjurkan oleh mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia. Akhir kata, diharap video ini dapat memotivasikan semua rakyat Malaysia untuk bersatu-padu antara satu sama lain supaya negara kita dapat dimajukan dan dapat dikategorikan sebagai negara maju dalam masa terdekat.

Pang Woi Loon 127602