Tuesday, August 10, 2010

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MISI 1 MALAYSIA

Institusi Pendidikan
1) Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui pendidikan Moral dan pendidikan Islam yang diajar di sekolah. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum di sekolah juga membolehkan pelajar bercampur gaul dan menceburkan diri dalam aktiviti. Seterusnya ia harus menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia. Di samping itu, sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan Bahasa pengantar yang sama harus dilaksanakan.

2) Pelaksanaan sekolah wawasan dengan dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain serta sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

3) Pelaksana sekolah satu aliran (aliran kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar saja di sekolah iaitu Bahasa Melayu di samping tidak menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.

4) Budaya membaca yang dapat melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

5) Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Lim Kiat Hong  126724

3 comments:

  1. cadangan yang bagus, harap pihak berkaitan menguatkuasanya supaya misi ini tercapai. Malaysia boleh!

    ReplyDelete
  2. "1 Malaysia" merupakan laungan politik sahaja~
    sampai hari ini, kita masih kabur dengan definisi sebenarnya. Semua kaum mempunyai definisi sendiri~

    ReplyDelete
  3. cadangan yang bagus...tetapi pihak media juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mencapai misi 1Malaysia

    ReplyDelete